Tuesday, October 4, 2022
27.6 C
Brunei

Ibu Achey meninggal dunia akibat kanser pankreas

-

Ibu kepada pelawak Achey Bocey iaitu Ngaisah Hassan menghembuskan nafas terakhir akibat kanser pankreas kira-kira pukul 12:46 pagi Isnin di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSA).

Berita sedih itu dikongsi oleh adik kepada Achey iaitu Natasha Hamzah yang turut memaklumkan arwah ibunya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Usaha Jaya, Labis Johor.

Menurut Natasha, arwah pada awalnya menerima rawatan di Hospital Segamat sejak awal April namun telah dipindahkan ke HSA untuk mendapatkan khidmat doktor pakar.

“Arwah meninggal di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Usaha Jaya, Labis Johor. Kalau ikutkan, niat nak mengebumikan sebelum solat Zohor.

“Asalnya dirawat di Hospital Segamat tapi dipindahkan ke HSA sebab proses rawatan mak tidak ada di Hospital Segamat dan doktor pakar ada di HSA,” ujarnya kepada mStar.

Ibu kepada pelawak Achey Bocey iaitu Ngaisah Hassan menghembuskan nafas terakhir akibat kanser pankreas kira-kira pukul 12:46 pagi, di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSA). – Agensi

Dalam pada itu, isteri kepada Achey iaitu Nor Hasanah Yahaya menerusi laman Instagram turut bersedih dengan pemergian arwah ibu mentuanya yang meninggal dunia pada 10 Ramadan terakhir. Sentiasa akan mendoakan ibu mentuanya, Hasanah atau lebih dikenali sebagai Anne turut berkongsi video memperlihatkan arwah memberi lambaian terakhir untuk mereka sekeluarga.

“Al-Fatihah buat ibu mentua saya, Hajah Ngaisah Hassan. Semoga mak tenang di sana, mak pergi pada 10 Ramadan terakhir. Semoga mak dipermudahkan segalanya. Lagi berapa hari saja mak nak raya malah terima berita ini.

“Lambaian terakhir mak untuk kami sekeluarga. Kami akan merindui mak. Pada 23 Ramadan mak pergi meninggalkan kami. Allah lebih sayangkan mak. Semoga mak tenang di sana di samping arwah abah.

“Kami akan selalu mendoakan mak. Kami dalam perjalanan jumpa mak buat kali terakhir. Ciuman terakhir kami untuk mak. Kami hilang satu lagi doa yang paling berharga dalam hidup kami,” tulisnya.

Sebelum ini, Achey menerusi temu bual bersama mStar berkata dia sanggup membatalkan tawaran kerja yang mana boleh menerima bayaran lumayan demi melawat ibu tercinta yang menerima rawatan di hospital.

Kata Achey lagi, arwah yang berusia 74 tahun mengidap masalah kerosakan organ pankreas sejak setahun lalu namun enggan menjalani pembedahan awal.

Disebabkan itu keadaan menjadi semakin serius sehingga mengakibatkan bahagian perut membengkak kerana saluran hempedu dan hati tersumbat. – Agensi

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

PBB: 5.7 juta mangsa banjir Pakistan berdepan krisis makanan

ISLAMABAD, 3 OKT – Agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran kira-kira 5.7 juta mangsa banjir Pakistan berdepan krisis makanan serius dalam masa...
- Advertisment -