Ibu Aliff Syukri jawab tuduhan unfollow menantu

Ibu kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Rozita Ibrahim bengang apabila ada pihak tidak bertanggungjawab seolah-olah cuba melaga-lagakan hubungannya dengan menantu, Datin Seri Nur Shahidah Mohd Rashid.

Rozita berkata dia hairan apabila isu tidak mengikuti laman sosial masing-masing menjadi perbualan hangat netizen sedangkan hubungan mereka masih baik seperti biasa.

“Saya tak follow Ida (Shahidah) kecoh satu Malaya masa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ni, sempitnya cara berfikir… sedap bergosip penghilang stres ya… seronok bergosip? Nak tahu saya gaduh dan salahkan menantu… dia tetap anak menantu saya sampai Jannah, dalam Islam tak ada istilah unfollow masuk neraka.

“Saya tak pernah burukkan Ida dan tak campur dunia luar. Ingat ayat saya satu saja, dia tetap menantu saya hingga akhir hayat saya dan ibu pada cucu saya. Saya tak follow tak bermaksud saya gaduh, saya penat dihakimi oleh netizen.

“Jangan tanya saya unfollow, saya malas dan tak nak tengok semua anak-anak saya di media sosial… semak otak je! Jangan soal perkara tak cerdik, tak menguntungkan, tak perlu sibuk fasal mereka untuk saya ulas. Suka hati saya nak follow atau tak! Pak menteri atau artis pun saya tak follow, saya takkan lihat benda yang tak menguntungkan!” katanya menerusi laman Instagram.

Sementara itu, Rozita yang juga merupakan pengasas produk kecantikan tradisional memberitahu kenyataannya ini adalah kerana sudah tidak tahan dengan pertanyaan pelbagai pihak mengenai rumah tangga anaknya itu.

Malah, dia mengakui hubungannya dengan Shahidah baik-baik sahaja tanpa sebarang masalah atau isu.

“Pernah nampak saya gaduh dengan orang lain maki hamun di media ke? Kalau dengan orang tak pernah, takkan dengan Ida saya nak gaduh… posting saya semua di Instagram dianggap sindir Ida? Saya orang tua yang matang setakat ini okay. Berhentilah jadi penyibuk! Dia sangat baik dengan saya sampai sekarang. – Agensi

Rozita jawab tuduhan netizen kononnya dia bergaduh dengan menantu. – Agensi