Saturday, July 12, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ibu bapa migran kembali semula ke AS

    LOS ANGELES, 23 JAN – Sembilan ibu bapa yang diusir ketika pentadbiran Trump memisahkan beribu-ribu keluarga migran, kembali semula ke Amerika Syarikat (AS) lewat kelmarin untuk bertemu semula dengan anak mereka selepas tempoh setahun setengah.

    Kumpulan itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles dari Bandar Guatemala dalam satu perjalanan yang diatur di bawah perintah hakim persekutuan, yang mendapati kerajaan AS telah menyalahi undang-undang menghalang mereka daripada mencari suaka.

    Peguam bela suaka mengesahkan sembilan ibu bapa berada di dalam penerbangan.

    Beberapa kanak-kanak berada di lapangan terbang untuk menyambut mereka, termasuk anak lelaki David Xol berusia 9 tahun, Byron.

    David melutut dan menangis sambil memeluk Byron selama kira-kira tiga minit, sambil mengusap kepala anaknya.

    “Dia masih kecil” kata David selepas bangkit berdiri. Dia melihat kepada peguam, yang menemaninya dalam penerbangan.

    David, Byron dan peguamnya, Ricardo de Anda, kemudiannya berpelukan dan bertukar kata-kata dalam perbualan mereka tatkala Byron tersenyum. Mereka tidak sabar meninggalkan lapangan terbang menuju ke bilik penginapan.

    Lebih daripada 4,000 kanak-kanak diketahui telah dipisahkan daripada ibu bapa mereka sebelum dan semasa permulaan rasmi toleransi sifar pada musim bunga 2018. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda