Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Ibu bapa perlu pantau anak guna gajet terkini

    Memang tidak diragui teknologi digital dan peranti canggih yang semakin berkembang di seluruh dunia banyak memberikan manfaat kepada masyarakat, namun tidak dinafikan terdapat kesan negatif akibat penggunaannya ke atas perkembangan kanak-kanak dan remaja pada masa kini.

    Ini kerana penggunaan peranti secara berlebihan sejak kecil boleh menjejaskan kehidupan kanak-kanak jika tidak dipantau dengan sebaiknya.

    Sebagai contoh, sudah ramai kita melihat kanak-kanak memakai kaca mata pada usia yang muda, ini kerana sejak kecil lagi mereka sudah didedahkan dengan telefon bimbit atau tablet secara berlebihan yang memberikan kesan buruk kepada penglihatan.

    Justeru, apabila ketagihan dan kebergantungan kepada peranti ini semakin memburuk, tanggungjawab ibu bapa dalam era teknologi digital ini menjadi semakin sukar dan mencabar.

    Oleh itu, ibu bapa dan orang dewasa perlu memainkan peranan penting untuk mengurangkan risiko ini seperti menetapkan had masa penggunaan peranti, menggalakkan aktiviti luar dan menggunakan pelindung skrin serta mod malam.

    Dengan pendekatan yang seimbang, kesihatan mata kanak-kanak dapat dijaga sambil membolehkan mereka menikmati manfaat teknologi.

    Normah Taib

    Gambar Canva

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    Kedutaan Iran raikan Hari Kanak-Kanak bersama Pusat Ehsan

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Lebih 400 juta kanak-kanak seluruh dunia terjejas akibat kemiskinan – UNICEF

    GENEVA, 21 NOV - Seramai 417 juta kanak-kanak di...

    Lebih 10,000 kanak-kanak di Gaza terima vaksin

    ISTANBUL, 20 NOV – Lebih seminggu selepas kempen imunisasi...

    15 kanak-kanak diculik terkorban dalam serangan tentera

    BOGOTÁ, 18 NOV – Serangan tentera Colombia terhadap pejuang...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...