Sunday, September 24, 2023
27.8 C
Brunei

    -

    Ibu ‘culik’ anak elak divaksin

    MADRID, 6 JAN – Seorang wanita yang dituduh oleh bekas suami menculik dua anak lelaki mereka bagi menghalang mereka daripada diberikan suntikan COVID-19 telah menyerah diri ke pihak berkuasa kelmarin, menurut pegawai.

    Wanita berusia 46 tahun itu dikehendaki kerana ‘menculik kanak-kanak’ selepas bekas suaminya, yang tinggal berhampiran bandar selatan, Seville, memfailkan aduan kepada polis pada pertengahan Disember selepas membawa lari kanak-kanak berusia 14 dan 12 tahun tanpa kebenaran, menurut sumber kehakiman memberitahu AFP.

    Lelaki itu berkata dia tidak bersama anak-anak lelakinya sejak 4 November apabila dia menerima sepucuk surat daripada bekas isterinya yang mengatakan dia merancang untuk memberhentikan mereka dari bersekolah selepas beberapa hari pihak mahkamah memutuskan bekas suaminya berhak untuk membuat keputusan sama ada anak mereka perlu diberikan vaksin.

    Wanita itu menyerah diri kepada pihak berkuasa kelmarin di Seville bersama dua anak lelakinya dan hakim mengarahkan dia untuk ditahan reman sementara menunggu perbicaraan, menurut sumber.

    Kanak-kanak berkenaan telah diserahkan kepada bapa mereka pada petang kelmarin, menurut seorang jurucakap bagi pasukan polis awam Guardia.

    Sepanyol, bersama beberapa negara Eropah lain, mula membenarkan pemberian vaksin kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun pada 15 Disember.

    Negara itu tidak mempunyai pergerakan anti-vaksin yang signifikan.

    Dengan 90 peratus golongan yang berusia 12 tahun ke atas sudah menerima dos lengkap, Sepanyol adalah salah sebuah negara tertinggi menerima vaksinasi lengkap di Eropah. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...