Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ibu culik, jual anak dihukum penjara seumur hidup

    SALDANHA BAY, 29 MEI – Mahkamah Afrika Selatan hari ini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada seorang wanita kerana menculik dan menjual anak perempuannya yang berusia enam tahun, dalam kes yang mengejutkan negara itu.

    Joshlin Smith hilang pada Februari tahun lalu dari rumahnya di Saldanha Bay, sebuah bandar nelayan 135 kilometer di utara Cape Town dan tidak pernah ditemui.

    Ibunya, Racquel ‘Kelly’ Smith, didapati bersalah menculik dan dilaporkan menjual kanak-kanak perempuan itu dengan harga 20,000 rand (AS$1,100).

    Hakim Nathan Erasmus memutuskan Smith, 35 dan dua tertuduh bersamanya seorang teman lelaki dan rakannya juga dipenjara seumur hidup kerana pemerdagangan manusia.

    Mereka semua dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun serentak kerana menculik.

    “Saya juga mengarahkan untuk memasukkan nama mereka ke daftar perlindungan kanak-kanak,” kata Erasmus. – AFP

    Racquel Smith semasa mendengar prosiding di mahkamah di Teluk Saldanha pada 29 Mei. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda