Usahawan Tina Knowles dedahkan dua anak perempuannya iaitu penyanyi Beyonce dan Solange tidak mempunyai hubungan baik sejak kecil lagi.
Menurut Tina, 71, Beyonce tidak menjalankan tanggungjawab sebagai kakak dan sering bergaduh dengan adiknya itu, menurut laporan mStar.
Malah dia sendiri pernah melihat layanan kurang baik Beyonce terhadap Solange.
Enggan masalah itu berlarutan, Tina mengambil keputusan membawa mereka menjalani rawatan terapi khas.
Setelah beberapa kali menjalani rawatan terapi, Tina melihat banyak perubahan positif yang berlaku kepada kedua-dua anaknya itu.
Mereka dilihat tidak lagi saling membenci malah hubungan mereka semakin positif sehingga sekarang ini.
Tina berkongsi perkara itu semasa sesi temu bual bersama CNN News Central ketika mempromosikan buku terbarunya berjudul, Matriarch A Memoir. – Agensi
