Ibu kepada pelakon Han So Hee iaitu Shin dijatuhi hukuman penjara susulan terlibat dalam aktiviti perjudian haram.
Menurut laporan media tempatan, Shin, 55, dijatuhi hukuman penjara selama setahun oleh Mahkamah Daerah Chuncheon pada Rabu.
Namun, hukuman tersebut ditangguhkan selama dua tahun bersama dengan syarat tambahan harus menjalani 120 jam perkhidmatan masyarakat.
Ibu kepada pelakon tersohor itu didakwa telah membuka dan mengendalikan tujuh buah tempat perjudian haram di Wonju, Korea Selatan.
Aktiviti tersebut dipercayai melibatkan sejumlah wang yang besar dan beroperasi secara tidak sah melalui rangkaian dalam talian.
Shin memperoleh keuntungan dengan mengumpul komisen berdasarkan jumlah pertaruhan dan kerugian pengguna.
Sebelum ini, ibu Han pernah didenda sebanyak 5 juta won atas kesalahan yang sama, namun tetap meneruskan aktiviti tersebut. – Agensi