Sunday, February 16, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ibu jari kaki dipindah ke ibu jari tangan

    SYDNEY, 14 Julai – Seorang lelaki Australia yang terputus ibu jarinya dalam kemalangan ketika dia menggembala lembunya menjalani pembedahan ibu jari kakinya dan dipindahkan ke tangannya untuk menggantikan ibu jari yang hilang.

    Zac Mitchell sedang bekerja di stesen lembu terpencil di negeri Western Australia pada April lalu apabila tangannya ditendang oleh seekor lembu jantan dan terdorong ke arah pagar yang memotong ibu jari tangan kanannya. “Ibu jari saya masih tergantung pada rel sana apabila saya bangun setelah terjatuh,” dia memberitahu Perbadanan Penyiaran Australia.

    “Bos saya memandang ke bawah dan melihat dan bertanya apakah yang berdarah itu, Saya kemudian melihat tangan saya dan terus menyedari bahawa ibu jari saya telah putus}.”

    Dengan hospital paling dekat lima jam jauhnya, pengendali lembu berusia 20 tahun itu meletakkan ibu jari pada ais sehingga dia boleh menerima rawatan, tetapi cubaan untuk menyambungnya semula tidak berjaya.

    Mitchell kemudian dipindahkan ke unit pakar tangan Hospital Sydney, yang mana para doktor memutuskan bahawa memandangkan keterukan kecederaannya, pemindahan ibu jari kaki adalah tindakan terbaik.

    “Untuk membentuk semula ibu jari adalah dengan menggunakan kulit dan tulang, tetapi ia tidak berfungsi dengan begitu baik, dan benar-benar ibu jari kaki adalah pilihan terbaik setakat ini – apabila ia berfungsi dengan baik,” doktor bedah plastik Sean Nicklin, yang melakukan pembedahan itu memberitahu AFP hari ini. Manfaat membentuk semula ibu jari baru melebihi aspek negatif kehilangan ibu jari kaki, ujarnya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda