Friday, November 29, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ibu Khai Bahar meninggal dunia

    Ibu penyanyi Khai Bahar iaitu Rosnah Muhammad, 62, meninggal dunia di Kangar, Perlis, pada kira-kira jam 10:40 malam, baru-baru ini.
    Berita sedih itu dikongsi pengurus Khai iaitu Mohammed Rizal Mohammed Yasin melalui Instagram Story (IGs).

    “Salam semua, saya pengurus yang mewakili pihak Khai Bahar ingin memaklumkan bahawa Mak Ros (panggilan buat ibu Khai) meninggal dunia sebentar tadi di Perlis.

    “Proses solat jenazah dan pengebumian akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

    “Semoga roh arwah dicucuri rahmat (Al-Fatihah),” tulisnya yang turut diulang siar Khai di IGs.

    Allahyarham Rosnah yang baru meraikan ulang tahun kelahiran ke-62 pada 25 Disember lalu, dilapor menghidap pelbagai penyakit seperti buah pinggang, jantung, paru-paru dan hati.

    Allahyarham Rosnah yang mula menjalani rawatan dialisis sejak awal tahun lalu, pernah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas sesak nafas.

    Sementara itu, Khai melalui hantaran di IGs dilihat sedang dalam perjalanan pulang ke Kangar, malam tadi.

    Sebelum ini, Khai dilapor memberitahu ibunya mengalami masalah daya ingatan sehingga tidak kenal diri sendiri setiap kali selesai menjalani rawatan dialisis.

    Khuatir dengan keadaan ibunya, Khai dilapor menolak tawaran berlakon sejak setahun lalu. Ini berikutan Khai enggan menyusahkan syarikat produksi jika sesuatu perkara berlaku kepada ibunya.

    Allahyarham Rosnah meninggalkan 10 cahaya mata. – Agensi

    Berita sedih itu dikongsi pengurus Khai iaitu Mohammed Rizal Mohammed Yasin melalui Instagram Story (IGs). – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda