SEOUL, 6 April 2012 – Seorang wanita Korea Selatan telah ditahan kerana membunuh anaknya yang dilahirkan ketika dia bermain permainan online, menurut polis.
Mereka berkata wanita berusia 26 tahun itu bersalin ketika berada di kafe Internet di Seoul pada 25 Mac.Dia didakwa meletakkan anak damit itu dalam beg plastik, menutupnya dan membuangnya di tempat letak kereta berhampiran. Wanita berkenaan telah mengunjungi kafe Internet hampir setiap hari, kata polis.
“Dia bermain permainan sehingga dia bersalin dalam tandas kafe,” menurut jurucakap polis di Daerah Songpa.
“Dia tidak tahu yang air tembuninya telah pecah.”
Polis berkata wanita itu sedang ditahan di pusat jagaan negeri dan akan menghadapi perbicaraan kerana membunuh anak damit.Terdapat laporan kematian lain yang berkaitan dengan ketagihan permainan Internet di Korea Selatan. Pada 2010, seorang ibu membunuh anak lelakinya yang berusia tiga tahun ketika dia berasa penat akibat bermain Internet.
Juga pada tahun 2010, seorang budak lelaki berusia 15 tahun membunuh diri selepas membunuh ibunya kerana memarahinya berhubung bermain berlebihan dalam permainan computer.