Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Ibu lemaskan anak damit ditahan

    PHNOM PENH, 4 APRIL – Pasukan Polis Wilayah Battambang, Kemboja hari ini akan menghadapkan seorang wanita ke mahkamah, sehari selepas dia ditahan kerana melempar anak damit perempuannya berusia 38 hari ke sebuah terusan di kampung Prey Kon Sek, di bandar O’char, Battambang.

    Ketua biro jenayah serius, Kor Sun Kaing mengenalpasti suspek sebagai Horn Samen, 22. “Dia didakwa dengan tuduhan membunuh di bawah Artikel 199 Kanun Jenayah,” katanya.

    Suspek berkahwin dengan pasangannya, Chiep Chamnap, 45, dan mempunyai dua anak – seorang lelaki berusia 11 tahun dan anak damit perempuan tersebut. Anak damit itu bermula dari lahir sering menangis semalaman dan ibu bapanya terpaksa bergilir-gilir menjaganya.

    Suspek pada 2 April melemparkan anak damit perempuannya itu ke dalam sebuah terusan yang dalam di belakang rumah mereka. Anak damit itu muncul sekali di permukaan air kemudian terus tenggelam, kata Sun Kaing.

    Suspek kemudian memberitahu suami dan ibu saudaranya bahawa seseorang telah mengambil anak damit itu dan mereka segera ke balai polis untuk mendapatkan bantuan, yang kemudiannya menyiasat kes itu sebagai satu penculikan.

    Pada hari sama, pegawai polis turut memanggil ibu anak tersebut untuk disoal siasat. Suspek kemudiannya mengaku bahawa anak itu tidak diculik, namun dia melemparkannya ke dalam terusan – kerana dia percaya anak itu ‘membawa malang’ dan mengakibatkan keluarganya miskin.

    Bapa kanak-kanak itu kemudian mencari dan menemui mayat anak damit dalam terusan. – ANN/Phnom Penh Post

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...