Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ibu mangsa minta orang ramai hentikan spekulasi

    KOTA BHARU, 28 APRIL – Dua ibu yang kehilangan anak masing-masing dan dikaitkan dengan strok haba di Kelantan baru-baru ini meminta orang ramai supaya menghentikan sebarang spekulasi sehingga menyebabkan emosi mereka terganggu.

    Yawaree Samoh, 25, berkata pemergian anak tunggalnya, Nur Imani Ahmad Faris Fazli, yang berusia setahun tujuh bulan pada Selasa lepas, memberi kesan kepada mereka sekeluarga.

    “Saya minta supaya orang ramai hentikan sebarang spekulasi mengenai anak saya kerana ia memberi kesan kepada kami sekeluarga,” katanya kepada Bernama hari ini.

    Turut menerima nasib sama, Nur Azwani Alias, 32, ibu seorang lagi mangsa iaitu Muhamad Syamil Akil, 11, turut berharap orang ramai tidak menokok tambah cerita yang bukan-bukan dan memberi komen negatif di media sosial mengenai anaknya. – Bernama

    Yawaree Samoh, 25, menunjukkan gambar anaknya, Nur Imani, yang meninggal Selasa lepas. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda