Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ibu mengaku jadi ‘ikan haruan’

    PARIS, 1 Dis – Seorang wanita dihadapkan ke mahkamah, hari ini selepas didapati terbabit membunuh lima anak damitnya, menerusi bukti asid deoksiribonukleik (DNA) yang berjaya diperoleh susulan pergaduhan suspek dengan jirannya, tahun lalu.

    Sylvie H, 53 mengaku membunuh lima anaknya, 14 tahun selepas empat daripada lima mayat anaknya ditemui dalam sebuah hutan.

    Pembunuhan berkenaan dipercayai berlaku antara 1993 – 1995 dan 2003 – 2005, manakala mayat anak damit kelima dijumpai dalam rumah suspek.

    Suspek yang memiliki tiga anak yang berusia 18, 27 dan 32 mendedahkan kepada mahkamah minggu ini bahawa dia melahirkan anak berseorangan di rumah tanpa pengetahuan bapa kepada semua anak damit malang itu.

    Kes berkenaan selama ini membingungkan penyiasat yang cuba mencari punca dan dalang di sebalik kematian semua anak itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda