Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ibu mengandung bawah 28 minggu, lengkap vaksin dibenar bekerja di pejabat

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 NOV – Dalam Fasa Peralihan ini, kebenaran bagi meneruskan bekerja dari rumah (WFH) mahu pun kembali ke pejabat masing-masing adalah tertakluk kepada pihak majikan dengan syarat semua pegawai dan kakitangan yang diarahkan kembali itu dalam keadaan sudah menerima dua dos suntikan vaksin lengkap.

    Bagi situasi golongan berisiko seperti ibu mengandung pula, semuanya tertakluk kepada pihak majikan mereka, sekiranya syarikat membenarkan mereka bekerja dari rumah, ia adalah tertakluk kepada arahan mereka dan begitu juga jika diarah untuk kembali bertugas ke pejabat dengan syarat pekerja-pekerja itu sudah melengkapi dua dos suntikan vaksin mereka.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar menekankan perkara tersebut semasa menjawab persoalan media mengenai jika ibu mengandung yang belum mencapai trimester ketiga iaitu di bawah 28 minggu dan telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin serta menghidap Diabetes Mellitus atau Chronic Hypertension semasa mengandung untuk dibenarkan bekerja dari rumah (WFH) semasa Fasa Peralihan dan seterusnya nanti.

    Menurut Yang Berhormat Dato lagi, “Berbanding tahun lepas, ibu mengandung yang belum menerima vaksin memiliki risiko lebih tinggi berbanding dengan yang lain. Namun kini, dengan adanya penerimaan vaksin, mereka dapat mengurangkan risiko jangkitan teruk COVID-19,” tambahnya pada sidang media yang berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, petang tadi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda