Wednesday, July 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ibu menyusukan positif COVID-19 disaran asingkan diri

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 SEPT – Ibu yang masih menyusukan dan didapati positif serta sedang menjalani kuarantin di luar adalah dinasihatkan untuk mengasingkan diri daripada anak-anak mereka.

    Jika sulit untuk mengasingkan diri di rumah, mereka disarankan untuk meminta dibawa ke pusat pengasingan agar dapat mengasingkan diri daripada anak-anak yang lain. Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar menjelaskan perkara tersebut semasa sidang media bagi Status Terkini Jangkitan COVID-19 yang berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan hari ini, mengenai jika ibu yang baharu melahirkan dan masih menyusukan dijangkiti COVID-19.

    Yang Berhormat Dato turut mengongsikan bahawa tubuh ibu semasa mengandung telah memberikan antibodi kepada anak damit dan dengan penyusuan ibu, ia dapat menguatkan imuniti kepada anak damit.Beliau turut menjelaskan bahawa sejak gelombang kedua COVID-19 di negara ini, lima ibu yang dijangkiti telah selamat melahirkan dan ujian swab yang dibuat ke atas anak damit berkenaan dan kesemuanya adalah negatif.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda