Tuesday, February 25, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ibu Neelofa dakwa hidap kanser

    Ibu Neelofa, iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohammed mendakwa disahkan menghidap kanser payudara tahap satu.

    Noor Kartini, 59, atau mesra disapa Mama mendakwa perkara itu disahkan doktor selepas beliau menjalani ujian biopsi pada 17 Februari lalu.

    “Keputusan ujian biopsi dan mamografi kurang cantik. Pada 20 Februari (Khamis lalu), doktor hubungi, dia cakap keputusan sudah keluar dan saya didiagnosis kanser payudara tahap satu,” katanya ketika ditemu ramah podcast Doncakap yang disiarkan, semalam.

    Noor Kartini mengaku kebingungan tatkala disahkan menghidap kanser, namun, sebaik berita dikongsi kepada suami dan anak-anak, mereka mula menangis.

    “Apabila doktor cakap saya hidap kanser, saya bertanya kepada diri sendiri, apa kanser?

    Saya jadi bingung sekejap. Walaupun doktor sudah cakap, saya tidak takut, cuma terkejut.

    “Anak-anak sudah menangis semua… Suami pun menangis sampai tidak boleh tidur,” katanya.

    Bagaimanapun, Noor Kartini menganggap pengesahan dirinya menghidap kanser sebagai suatu anugerah dari Tuhan dan beliau menerima dengan positif.

    “Apabila Allah bagi ini (penyakit kanser), saya anggap suatu anugerah dan kejutan. Saya tersedar rupanya saya juga dapat kanser. Sebab itu, jangan fikir benda tu tidak akan berlaku kepada kita. Apa-apa boleh jadi dengan kehendak Allah,” katanya. – Agensi

    Noor Kartini mendakwa disahkan menghidap kanser payudara. – mStar Online
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda