Saturday, April 26, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ibu Neelofa pula cetus kontroversi

    Ibu selebriti popular, Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed membuat laporan polis berhubung seorang kakitangan yang didakwa menyalahguna akaun Instagram (IG) miliknya bagi tujuan peribadi.

    Menjelaskannya menerusi kenyataan media ringkas, Noor Kartini mendakwa, beliau kesal dengan perkara yang berlaku dan akan memastikan ia tidak berulang.

    “Saya ingin menjelaskan hantaran berhubung sistem Raja Berperlembagaan di Malaysia dalam IG Story yang tersebar.

    “Ia berlaku atas kecuaian salah seorang kakitangan yang mempunyai akses membuka laman IG saya.

    “Dia yang juga pengurus media sosial di Noor Khan International Sdn Bhd secara tidak sengaja memuat naik dalam IG Story tanpa sedar menggunakan akaun saya, @noorkartini.

    Datin Noor Kartini Noor Mohamed kesal di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail, baru-baru ini. – Agensi

    “Saya sudah membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail berhubung perkara ini dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya,” katanya.

    Justeru, Noor Kartini memohon maaf kepada seluruh ahli keluarga diraja ekoran salah faham berkenaan.

    “Kepada Istana Negeri Johor terutamanya Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan seluruh kerabat diraja, patik merafak sembah memohon maaf di atas kecuaian yang terjadi,” katanya.

    Terdahulu, tular tangkap layar IG Story Noor Kartini dalam laman sosial yang rata-rata kesal dengan perkataan kasar yang digunakan.

    Bagaimanapun, hantaran dalam IG Story itu dipadam selepas beberapa minit selepas dimuat naik, petang ini. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda