Wednesday, September 18, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ibu negara India haramkan mercun atasi pencemaran udara

    NEW DELHI, 11 SEPT – Kerajaan tempatan di ibu negara India telah mengenakan larangan sepenuhnya terhadap pengeluaran, penyimpanan, penjualan dan penggunaan mercun untuk mengawal pencemaran udara.

    Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Alam Sekitar Delhi, Gopal Rai. Menurut Rai, larangan itu akan terus berkuat kuasa sehingga 1 Januari 2025 dan sepanjang tempoh ini, penjualan dan penghantaran mercun dalam talian juga akan diharamkan.

    Kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Rai berkata tindakan itu diambil berikutan kemungkinan bahaya peningkatan pencemaran udara di Delhi semasa musim sejuk. Ini merupakan tahun kelima berturut-turut larangan mercun di wilayah ibu negara. Larangan itu akan kekal berkuat kuasa semasa perayaan Hindu Diwali, yang akan disambut pada 1 November.

    Rakyat di India biasanya membakar mercun untuk menandakan pesta cahaya Hindu. Pihak berkuasa telah menggesa orang ramai untuk mengelakkan daripada membakar mercun semasa Diwali, satu rayuan yang sering diabaikan.

    Ibu negara India, Delhi adalah antara bandar paling tercemar di dunia. Aktiviti perindustrian dan trafik kenderaan merupakan penyumbang utama kepada pencemaran udara di bandar berkenaan, selain kerja-kerja pembinaan yang berleluasa. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda