Ibu Neymar dilaporkan sudah berpisah dengan kekasihnya yang berusia 23 tahun selepas mendapati dia menjalinkan hubungan dengan lelaki.
Nadine Goncalves, 52, mendedahkan menerusi Instagramnya, dua minggu lalu dia sedang menjalinkan hubungan bersama pemain permainan video yang mewakili pasukan 4K Easy, Tiago Ramos.
Bagaimanapun, media di Brazil melaporkan Nadine sudah pun menghalau Tiago daripada kediamannya selepas mengetahui dia menjalinkan hubungan dengan beberapa lelaki sebelum mereka bertemu.
Tiago didakwa menjalinkan hubungan dengan cef peribadi Neymar, Mauro sebelum bercinta dengan Nadine.
Malah, dia juga didakwa turut menjalinkan hubungan dengan pelakon terkenal Brazil, Carlinhos Maia.
Walaupun memiliki jurang usia besar namun hubungan Nadine dan Tiago sebelum ini mendapat restu daripada Neymar. – Agensi
