WASHINGTON, 10 FEB – Ibu pejabat Biro Perlindungan Kewangan Pengguna (CFPB) Amerika Syarikat (AS) di Washington akan ditutup hari ini hingga Jumaat, lapor Xinhua, memetik media tempatan.
Tiada sebab diberikan untuk penutupan secara tiba-tiba itu.
Pemangku Pengarah CFPB, Russell Vought, menghantar e-mel Sabtu lalu, mengarahkan agensi untuk ‘memberhentikan semua aktiviti pengawasan dan pemeriksaan.’
Ketua Pegawai Operasi, Adam Martinez, menghantar e-mel lain kelmarin, mengarahkan semua pekerja dan kontraktor di Washington untuk bekerja dari rumah kecuali diarahkan sebaliknya oleh pengarah atau wakilnya.
“Bangunan ibu pejabat akan ditutup minggu ini,” kata e-mel itu.
CFPB ditubuhkan oleh pentadbiran Barack Obama untuk melindungi pengguna berikutan krisis kewangan 2008 dan skandal pinjaman gadai janji subprima. – Bernama
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2025/02/P20-4D-web_11022025.jpg)