NEW YORK, 6 MEI – Boeing mengumumkan semalam ia akan memindah ibu pejabatnya dari Chicago ke pinggir bandar Washington Arlington, Virginia, membolehkan pembuat kapal terbang dan kontraktor pertaha-nan itu berada lebih dekat dengan pembuat keputusan kerajaan.
Syarikat aeroangkasa gergasi itu, yang telah bergelut dengan kesukaran pengeluaran yang menjejas keuntungannya, berkata kampus Virginia yang telah pun menempatkan perniagaan pertahanan, angkasa dan keselamatan kini juga menempatkan ibu pejabat korporatnya.
“Kami berasa teruja untuk membina asas kami di sini di Virginia Utara,” kata Ketua Eksekutif Dave Calhoun.
“Rantau itu sesuai untuk dijadikan ibu pejabat rantau berdasarkan jaraknya dengan pelanggan dan stakeholder, serta aksesnya kepada bakat kejuruteraan dan teknikal terbaik di dunia.” Boeing juga merancang menubuhkan hab ‘penyelidikan dan teknologi’ di Virgina, sebahagian daripada usaha untuk mempertingkat inovasi digital, menurut syarikat.
Pada 2001, Boeing memilih untuk memindah ibu pejabatnya dari tempat asal di kawasan Seattle ke Chicago berikutan pemerolehan McDonnell Douglas. – AFP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2022/05/P14-Gambar-WEB-Ibu-pejabat_07052022.jpg)