HARARE, 24 JUN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Zimbabwe (ZACC) semalam menutup ibu pejabat di Harare, selepas anggota keluarga kakitangan di pejabat itu dijangkiti COVID-19, lapor agensi berita Xinhua, memetik jurucakap ZACC John Makamure.
Laporan sebelum ini mengatakan kakitangan pejabat itu dijangkiti COVID-19, tetapi Makamure menafikannya. “Bukan pekerja pejabat itu yang dijangkiti tetapi suami dan anaknya. Pekerja itu didapati negatif,” katanya.
“Ibu pejabat itu boleh beroperasi semula dalam masa 48 jam selepas kerja-kerja pembasmian kuman dijalankan. Semua pejabat lain beroperasi seperti biasa,” tambahnya. Susulan peningkatan kes COVID-19, Kementerian Kesihatan dan Penjagaan Kanak-Kanak meningkatkan kempen kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang pandemik, berdasarkan garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). – Bernama