Saturday, May 10, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ibu pemilik kilang Rana Plaza dipenjara

    DHAKA, 30 Mac – Mahkamah Bangladesh telah menjatuhkan hukuman penjara selama enam tahun kepada ibu pemilik kompleks kilang Rana Plaza yang terkenal, yang terlibat dengan nahas runtuhan dan mengorbankan lebih daripada 1,100 nyawa, kerana rasuah, menurut pendakwa raya hari ini.

    Mahkamah khas di Dhaka mendapati Morzina Begum bersalah dan menyerahkan hukuman penjara lewat kelmarin, kata pendakwa raya anti-rasuah Salauddin Eskander kepada AFP.

    Begum, yang dipercayai berusia 60 tahun, adalah ibu kepada Sohel Rana, tertuduh utama selepas bencana pada April 2013 itu.

    Dia memiliki 40 peratus bangunan sembilan tingkat di pinggir Dhaka yang runtuh di salah satu kemalangan industri terburuk di dunia.

    Nahas itu juga turun mendedahkan hubungan antara peruncit global dan kilang-kilang pakaian buruh murah di Bangladesh.

    “Dia dijatuhi hukuman tiga tahun penjara kerana mengemukakan kenyataan kekayaan palsu kepada komisen anti rasuah dan tiga tahun lagi kerana mendapatkan aset bernilai 66 juta taka (AS$795,000) daripada sumber yang tidak diketahui,” kata Eskander.

    Pendakwa berkata mahkamah juga memerintahkan rampasan hartanahnya yang diambil secara haram.

    Pada bulan Ogos, mahkamah yang sama menjatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun kepada anaknya kerana gagal mengisytiharkan kekayaan peribadinya kepada suruhanjaya antirasuah Bangladesh.

    Ia adalah salah satu daripada beberapa kes yang dilancarkan selepas bencana itu.

    Rana ditangkap beberapa hari selepas nahas kemalangan tersebut, di sempadan berhampiran India ketika dia cuba melarikan diri dari Bangladesh. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda