Saturday, July 6, 2024
22.7 C
Brunei

    -

    Ibu pernah larang Cakra Khan menyanyi

    Vokalis popular Indonesia, Cakra Khan mengaku ibunya, Entik Trisuyatmi pernah membantah minatnya mendalami bidang nyanyian, suatu ketika dahulu.

    Bagaimanapun, Cakra atau nama sebenar, Cakra Konta Paryaman berkata, berkat hasil usaha keras yang sering ditunjukkan, ibunya mula menerima malah menjadi peminat nombor satu.

    “Ibu antara yang pertama kali protes sewaktu saya mula menyanyi. Teringat ketika dahulu, ibu sering memarahi ketika saya banyak menyanyi di kamar mandi.

    “Namun, saya banyak belajar menyanyi dan ibu mula menerima hingga menjadi penyokong setia anaknya ini,” katanya pada Konsert A Decade Cakra Khan Live In Kuala Lumpur 2023 di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC) di sini, kelmarin.

    Pada masa sama, penyanyi berusia 31 tahun yang popular dengan lagu Kekasih Bayangan itu meluahkan rasa syukur apabila ibunya turut hadir memberi sokongan pada konsert itu. Cakra berkata, persembahan di sini menjadi konsert berskala besar yang pertama dihadiri ibunya.

    Cakra Khan pernah dilarang untuk menjadi penyanyi oleh ibunya, tapi akhirnya diizinkan setelah berusaha dengan lebih gigih untuk menjadi yang terbaik. – Agensi

    Biarpun sukar mengawal emosi pada saat terkenangkan arwah ayahnya, Hermana, yang meninggal dunia pada Ogos 2021, Cakra berjaya menghabiskan konsert dengan cemerlang.

    “Ini pertama kali ibu hadir ke konsert saya sebesar ini. Kalau ada ibu, saya pasti tidak dapat kawal emosi ketika menjayakan konsert.

    “Kebiasaannya ibu bersama bapa saya. Tapi, bila lihat dia bersendirian, saya tak boleh kawal emosi.

    “Jadi, sebelum membawakan lagu Ayah pada konsert ini, saya dengar lebih 100 kali supaya dapat kawal emosi. Alhamdulillah, saya berjaya habiskan konsert ini,” katanya.

    Pada konsert berkenaan, Cakra menyanyikan lebih 20 lagu yang meninggalkan memori bermakna buat kira-kira 3,000 peminat yang hadir pada malam itu. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sidang Kemuncak SCO alu-alukan keahlian Belarus

    ASTANA, 5 JULAI – Sidang Kemuncak Majlis Ketua-ketua Negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) ke-24 yang berakhir kelmarin menyaksikan pencapaian luar biasa, termasuk penerimaan Deklarasi...