Ibu presiden Indonesia meninggal dunia

JAKARTA, 25 MAC – Ibu kepada Presiden Indonesia, Sudjiatmi Notomiharjo, meninggal dunia di Solo, Jawa Tengah.

Menurut media dan siaran televisyen tempatan, Allahyarham Sudjiatmi, 77, meninggal dunia pada 4:45 petang waktu Indonesia Barat dan punca kematiannya belum diketahui.

Jurucakap Presiden Indonesia, Fadjroel Rahman berkata Presiden Joko Widodo belum membuat sebarang pernyataan berhubung perkara itu dan kini dalam perjalanan dari Jakarta ke Solo. Beberapa menteri Kabinet Indonesia turut mengesahkan perkara itu kepada pihak media tempatan. – Bernama