Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ibu Raja Mohammed VI mangkat

    RABAT, 30 JUN – Puteri Lalla Latifa, ibu kepada Raja Mohammed VI dan balu kepada ayahndanya, Raja Hassan II, meninggal dunia kelmarin, kata jurucakap istana diraja.

    Agensi berita MAP Maghribi membawa kenyataan yang berbunyi, “Jurucakap Rasmi Istana Diraja mengumumkan, dengan kesedihan yang mendalam, pemergian DYMM Puteri Lalla Latifa, semoga beliau berehat dengan aman, pada Sabtu”.

    Ibu raja tidak mempunyai tanggungjawab rasmi di negara Afrika Utara dan tidak menjalankan penglibatan awam.

    Selepas suaminya meninggal dunia pada 1999, laporan media asing mengatakan dia berkahwin dengan ketua keselamatan almarhum raja dan membahagikan masanya antara Maghribi dan Perancis. – AFP

    Konvoi yang membawa Raja Maghribi Mohammed VI meninggalkan istana Tetouan pada 31 Julai 2023. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda