Tuesday, October 22, 2024
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ibu rayu Jokowi bebaskan anak

    MANILA, 10 JAN – Ibu kepada pengedar dadah Filipina yang dihukum mati di Indonesia telah merayu presiden negara itu membebaskan anak perempuannya hari ini.

    Pengakuan itu dibuat sehari selepas Filipina membuat rayuan baharu bagi mendapatkan pengampunan terhadap Mary Jane Veloso, yang ditangkap di Indonesia pada 2010 sambil membawa beg pakaian yang dilapisi dengan 2.6 kilogram heroin dan kemudiannya dijatuhkan hukuman mati.

    Ibu kepada dua anak itu mendapat penangguhan hukuman pada saat akhir daripada skuad penembak pada 2015 selepas seorang wanita yang disyaki merekrutnya ditahan di Filipina.

    Keluarga dan penyokong Veloso mengadakan protes kecil berhampiran istana presiden di Manila hari ini ketika Presiden Filipina, Ferdinand Marcos bertemu dengan rakan sejawatannya dari Indonesia, Joko Widodo.

    Sepucuk surat yang ditulis oleh ibu Veloso, Celia dan ditujukan kepada Widodo telah dihantar ke istana oleh peguam yang mewakili keluarga.

    “Saya merayu dan memohon kepada awda untuk membantu membebaskan anak perempuan saya yang telah menderita secara tidak bersalah selama 14 tahun,” kata Celia Veloso dalam surat yang dilihat oleh AFP.

    “Hari ini adalah hari lahir (ke-39) anak perempuan saya… saya berharap dia akan dibebaskan,” tulisnya dalam surat itu.

    Penyokong Veloso mendakwa dia pergi ke Indonesia untuk bekerja sebagai pembantu rumah dan telah ditipu oleh sindiket dadah antarabangsa untuk membawa heroin. – AFP

    Widodo (tengah kiri) dan Marcos Jr, sebelum menyampaikan kenyataan bersama di Istana Malacanang, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda