Friday, March 7, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ibu reda dengan pemergian Akiko

    Masih diselubungi kesedihan, usahawan dan pempengaruh, Ridzuan Ridzokumura bagaimanapun tetap terbuka melayani soalan-soalan diajukan warganet berhubung kematian isterinya iaitu, Akiko Okumura.

    Terbaharu, Ridzuan atau Abd Ridzuan Abdul Mutalib, 50, menjawab persoalan ramai yang bertanyakan tentang reaksi ibu Akiko apabila menerima berita kematian anak tunggalnya itu.

    Kata Ridzuan, ibu mertuanya sudah boleh menerima takdir pemergian anak tersayang, namun tidak dapat menziarahi Allahyarham disebabkan menetap jauh di Jepun selain usianya sudah lanjut.

    “Sewaktu kejadian saya ada hubungi ibu mentua dan mestilah dia menangis, tak boleh terima seperti saya juga.

    “Selepas ketiadaan Akiko, ibu mentua kerap menghubungi kami setiap hari.

    Usahawan dan pempengaruh, Ridzuan Ridzokumura bersama isterinya Akiko Okumura. – mStar

    “Nenek Sky umur sudah lebih 80 tahun. Nak datang jauh, tambah pula dia sudah berumur,” katanya.

    Ridzuan berkongsi perkara itu menerusi sesi siaran langsung yang dilakukan di TikTok miliknya pada Khamis.

    Dalam pada itu, Ridzuan memberitahu dia kini sudah kembali ke rumahnya di Subang Jaya kerana merindui kediamannya bersama isteri, menurut laporan mStar.

    Malah Ridzuan berharap arwah Akiko akan muncul dalam mimpinya kerana terlalu merindui bertemu dengannya.

    “Saya cakap dengan Zarina saya nak juga balik ke rumah sebab saya rindu dengan rumah ini.

    “Kalau boleh saya nak mimpi arwah, nak nampak kelibat dia sebab orang kata dalam masa 40 hari arwah ada di rumah.

    “Manalah tahu kalau rezeki saya dapat jumpa dia. Saya nak sangat tengok dia, nak cakap dengan dia,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda