Wednesday, October 30, 2024
29 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ibu rempuh kereta ke pagar sekolah ragut 1 jiwa, empat cedera

    MELBOURNE, 29 OKT – Seorang ibu yang ingin menjemput seorang kanak-kanak telah merempuhkan sebuah kereta ke pagar sekolah Melbourne hari ini, mengorbankan seorang kanak-kanak dan mencederakan empat yang lain, kata polis.

    Ibu berusia 40 tahun itu telah menjemput seorang kanak-kanak dari Sekolah Rendah Auburn South dan sedang membuat pusingan U semasa dia merempuh pagar dan meja yang berada di luar iaitu tempat lima kanak-kanak itu duduk selepas 2:30 petang waktu tempatan, kata Inspektor Polis Craig McEvoy.

    “Ia merupakan satu kemalangan yang tragis,” kata McEvoy kepada pemberita.
    Seorang budak lelaki berusia 11 tahun telah dibawa ke hospital akibat mengalami kecederaan kritikal dan kemudian meninggal dunia, kata satu kenyataan polis.

    Sementara itu, dua kanak-kanak perempuan, berusia 11 tahun, seorang kanak-kanak perempuan dan seorang budak lelaki masing-masing berusia 10 tahun telah dibawa ke hospital akibat cedera parah, kata polis.

    Pemandu wanita itu ditahan di tempat kejadian dan masih dalam tahanan, kata polis. Dia mahupun penumpang pelajarnya tidak mengalami sebarang kecederaan.

    Polis telah menyoal siasat ibu tersebut, kata McEvoy tetapi belum ada maklumat lanjut mengenainya. Pakar detektif bagi penyiasatan kemalangan telah berada di tempat kejadian untuk mengumpul bukti. – AP

    Polis Victoria semasa berada di luar Sekolah Rendah Auburn South, Tooronga Rd, Hawthorn East, di Melbourne, Australia, pada 29 Oktober. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda