Monday, July 14, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ibu seru siasat kematian anak

    LONDON, 30 NOV – Ibu kepada seorang gadis berusia sembilan tahun yang meninggal dunia akibat kegagalan pernafasan setelah serangan asma berulang kali mengatakan semalam dia berharap siasatan koroner dapat menyimpulkan bahawa pencemaran udara memainkan peranan dalam kematian anaknya.

    Ella Adoo-Kissi-Debrah meninggal dunia pada Februari 2013 setelah hampir tiga tahun mengidap serangan asma berulang, yang menyebabkan dia dibawa ke hospital 30 kali.

    Tetapi seorang pakar pada tahun 2018 menyedari bahawa antara tahap nitrogen dioksida (NO2) dan bahan zarah berbahaya didapati pada masa dia dimasukkan ke dalam rawatan.

    Keputusan mengatakan bahawa pencemaran udara yang menjadi faktor kematiannya akan menjadi kes perundangan pertama di Britain.

    “Saya harap agar koroner, setelah mendengar semua bukti, bahawa pencemaran udara menyebabkan atau menyumbang kepada kematiannya dan hanya itu yang saya minta,” ibu Ella Rosamund berkata.

    “Saya akhirnya akan mempunyai alasan mengapa dia meninggal dunia pada sijil surat beranaknya,” katanya kepada AFP.

    “Semua kanak-kanak berhak menghirup udara yang lebih bersih dan saya akan terus mengatakannya kerana kanak-kanak tidak boleh mati kerana asma.”

    Siasatan pertama pada tahun 2014 menentukan bahawa Ella meninggal dunia akibat kegagalan pernafasan yang disebabkan oleh asma yang teruk. Tetapi keputusan itu diketepikan setelah laporan pakar.– AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda