Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ibu tidak sengaja letak anak dalam ketuhar

    MISSOURI, 11 FEB – Seorang anak damit di Missouri meninggal dunia apabila ibunya secara tidak sengaja meletakkannya untuk tidur di dalam ketuhar, kata seorang pendakwa kelmarin.

    Mariah Thomas dari Kansas City didakwa mengancam kesejahteraan kanak-kanak. Rekod mahkamah belum menunjukkan sama ada Thomas mempunyai seorang peguam, dan tiada nombor telefon untuk Thomas dapat ditemui. Polis memberi respons petang Jumaat atas laporan seorang anak damit yang tidak bernafas. Buktinya menyatakan pihak respondan mendapati kanak-kanak itu kelihatan melecur. Anak damit itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

    Kenyataan itu menyatakan bahawa responden diberitahu oleh seorang saksi bahawa ibunya “menidurkan anaknya dan secara tidak sengaja meletakkannya di dalam ketuhar dan bukannya katil anak damit.” Kenyataan itu tidak memberikan penjelasan tentang bagaimana kesilapan itu berlaku. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda