Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ibu tujuh anak lahirkan kembar lima

    WARSAW, 15 FEB – Pasangan suami isteri Poland-British yang mempunyai tujuh orang anak menyambut kelahiran lima anak kembar serentak, ketika sambutan Hari Valentine.

    Wanita berkenaan, Dominika Clarke berkata proses kelahiran berlaku ‘lebih baik daripada jangkaannya’ selepas melalui fasa kehamilan luar biasa.

    Ibu itu melahirkan anak kembar di hospital di Krakow, Poland Ahad lalu. “Kami merancang untuk memiliki anak kelapan tetapi ternyata dapat lebih daripada itu,” katanya kepada pemberita di hospital bersama suaminya yang juga warga Britain, Vince.

    Anak damit kembar lima itu dilahirkan melalui kaedah pembedahan ketika usia kehamilan mencecah 29 minggu.

    Ketika ini, kelima-lima anak itu, tiga perempuan dan dua lelaki, masih memerlukan bantuan pernafasan.

    Mereka dinamakan Arianna Daisy, Charles Patrick, Elizabeth May, Evangeline Rose dan Henry James. Clarke menggelar kehamilannya sebagai satu keajaiban kerana hospital memberitahu kebarangkalian untuk hamil kembar lima adalah satu daripada 52 juta. – AFP

    Salah seorang daripada kembar lima kelihatan di Hospital Universiti, Krakow, Poland. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda