Saturday, January 28, 2023
23.2 C
Brunei

-

Ibu tunggal guna kain batik ganti lampin anak

JOHOR BAHRU, 5 DIS – Kesusahan hidup yang membelenggu membuatkan seorang ibu tunggal terpaksa menggunakan kain batik bagi menggantikan lampin pakai buang untuk anak istimewanya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) palsi serebrum dan terlantar.

Rahimah Abd Karim, 48, berkata kaedah lama itu terpaksa digunakan untuk anak kelimanya itu, Muhammad Nihal Abu Bakar, 20, kerana ketiadaan wang untuk membeli bekalan lampin pakai buang yang telah kehabisan.

Ibu enam anak yang tidak bekerja itu, berkata Muhammad Nihal juga sudah setahun tidak minum susu khas yang sepatutnya diberikan sehingga tulang tangan kirinya kelihatan bengkok akibat kurang kalsium.

“Saya telah bercerai hampir dua tahun lepas dan bekas suami seolah-olah lepas tangan, membiarkan kami tanpa nafkah yang sewajarnya. Sewa rumah juga sudah tiga bulan tertunggak, nasib baik dua bulan sewa telah dijelaskan atas ihsan seorang saudara baru-baru ini.

“Orang melihat keadaan saya seperti biasa, tetapi Allah sahaja yang tahu perasaan saya, dengan tiada simpanan, tidak pernah bekerja dan perlu menjaga keperluan bukan satu tapi tiga anak OKU,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumah sewanya di Taman Seri Austin, di sini hari ini. – Bernama

Ibu tunggal Rahimah Abd Karim ketika mengurus keperluan anak kelimanya, Muhammad Nihal Abu Bakar yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) palsi serebrum yang terlantar di atas tilam ketika dikunjungi di rumahnya di Taman Seri Austin, Johor Bahru hari ini. – Bernama
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S sokong hantar bantuan kepada Korea U

SEOUL, 27 JAN – Kerajaan Korea Selatan hari ini berkata bahawa ia akan membantu usaha orang awam untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Korea Utara...
- Advertisment -