Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Ibu Virgoun sedia nikah Jordan Ali

    Ibu kepada penyanyi Indonesia, Virgoun tidak peduli hubungannya dengan teman lelakinya itu mendapat tentangan daripada keluarga.

    Eva Manurung, 60, berkata, dia dan kekasihnya iaitu Jordan Ali, 31, juga sudah sedia mendirikan rumah tangga walaupun hubungan itu tidak mendapat restu anak-anaknya.

    Memetik dari mStar, Eva berkata, Jordan seorang lelaki yang baik selain mengubat kesepian selepas sekian lama bercerai dengan bekas suami sejak 36 tahun lalu.

    “Kamu jangan berubah Jordan hanya disebabkan anak-anak tidak menerima kamu. Ini adalah saat bahagia buat kita berdua.

    “Masa anak-anak berkahwin saya tak pernah larang dengan pilihan mereka dan sekarang Jordan pilihan saya, mereka kena terima,” katanya.

    Tambah Eva, Jordan merupakan seorang lelaki bertanggungjawab termasuk banyak menjaganya ketika kesihatannya kurang baik.

    “Kalau tiada siapa yang hantar saya ke doktor, dia yang akan hanar saya. Belikan ubat dan sebagainya,” ujarnya.

    Sebelum ini, Virgoun bertindak berhenti memberikan wang bulanan kepada ibunya selepas mengetahui wanita itu menjalinkan hubungan dengan Jordan.

    Virgoun atau Virgoun Putra Tambunan, 37, bertindak sedemikian kerana tidak bersetuju ibunya menjalinkan hubungan dengan lelaki tersebut.

    Hubungan mereka terbongkar selepas didedahkan sendiri oleh kakak Virgoun iaitu Febby Carol. – Agensi

    Hubungan Eva Manurung dan Jordan Ali tidak direstui keluarga. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...