Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    ICBES 2024: Pakar rama-rama dari seluruh dunia berkumpul di Pulau Pinang

    GEORGE TOWN, 4 NOV – Persidangan Antarabangsa Pempamer dan Pembekal Rama-rama (ICBES) 2024 yang bermula hari ini menyediakan platform terbaik kepada peminat, penyokong pemuliharaan, pempamer dan pembekal untuk berkongsi minat terhadap rama-rama, pemuliharaan dan alam semula jadi, serta melindungi rama-rama liar.

    Persidangan sehingga 7 November itu menghimpunkan hampir 100 pakar, pempamer dan pembekal dari 20 negara termasuk Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Emiriah Arab Bersatu, Jerman, Perancis, Sepanyol, Switzerland, Turkiye, Costa Rica, Ecuador, Panama, Kenya, Filipina, Jepun, Singapura, China, Hong Kong, New Zealand, Australia dan Malaysia.

    Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang, Wong Hon Wai berkata ICBES 2024 membuka peluang kepada peserta untuk berkongsi ilmu, kerjasama dan inovasi selain menjadi platform terbaik untuk membincangkan isu-isu mendesak yang dihadapi dalam pemuliharaan rama-rama pada hari ini, serta saling bertukar idea yang menyumbang kepada kelestarian dan impak masa depan.

    Beliau berkata rama-rama bukan sekadar serangga kecil yang menangkap imaginasi ramai, malah ia adalah petunjuk penting tentang kesihatan ekosistem dan dengan kewujudan atau ketiadaannya, ia boleh memberi banyak maklumat mengenai keadaan alam sekitar sesuatu kawasan.

    Turut hadir Presiden Persatuan Pempamer dan Pembekal Rama-rama Antarabangsa (IABES), Kimberly Kelly dan Ketua Pegawai Eksekutif Entopia Joseph Goh. – Bernama

    Wong Hon Wai (dua, kiri) merasmikan ICBES 2024, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda