BANGKOK, 16 DIS – Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) boleh menamatkan segera impunity (pengecualian daripada dikenakan hukuman) ke atas tentera Myanmar, menurut Majlis Penasihat Khas Myanmar (SAC-M).
Kumpulan bebas pakar antarabangsa itu menyatakan bahawa kekejaman hak asasi manusia di Myanmar semakin berleluasa sepanjang tahun ini dan akan berterusan melainkan tentera dipertanggungjawabkan.
Dalam laporan Myanmar and the International Criminal Court yang dikeluarkan kelmarin, SAC-M merumuskan bahawa ICC mempunyai bidang kuasa berhubung dengan Myanmar dan masyarakat antarabangsa mempunyai tanggungjawab untuk memastikan pemimpin tentera Myanmar segera didakwa kerana melakukan pembunuhan beramai-ramai, jenayah kemanusiaan dan jenayah perang. – Bernama










