Thursday, February 6, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    ICJ arah AS bayar pampasan kepada Tehran

    TEHRAN, 31 MAC – Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan bahawa rampasan aset Iran oleh Amerika Syarikat (AS) adalah salah dan mengarahkan Washington membayar pampasan kepada Tehran yang jumlahnya akan ditentukan kemudian, lapor IRNA.

    Dalam kenyataan pada petang kelmarin, Kementerian Luar Iran menyambut baik keputusan itu.

    “Republik Islam Iran percaya bahawa keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa itu menunjukkan hujah dan kebenaran jitu tuntutan Iran.

    “Dalam keputusan penting ini, ICJ telah menolak semua pembelaan salah yang dikemukakan oleh AS dan menegaskan bahawa ia melanggar kewajipannya, sebaliknya telah mengiktiraf Iran sebagai pihak yang sah.

    “Perintah mewajibkan Amerika Syarikat supaya membayar pampasan atas kerugian yang dialami Iran juga penting mengenai kesahihan tuntutan Republik Islam Iran,” menurut kenyataan kementerian luar.

    Iran menganggap tuntutan hak negara Iran sebagai satu tugas hakikinya dan akan menggunakan semua cara dan kaedah diplomatik, undang-undang dan kehakiman untuk menjamin hak rakyat dan kepentingan Iran. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda