Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    ICJ arah Israel cegah genosid di Gaza

    THE HAGUE, 26 JAN – Mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) hari ini berkata Israel mesti melakukan semua yang termampu untuk mencegah pembunuhan beramai-ramai dalam peperangannya dengan Hamas dan membenarkan bantuan ke Gaza, setelah kebimbangan semakin meningkat terhadap rakyat Palestin yang terperangkap oleh konflik itu.

    Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) juga berkata Israel mesti memudahkan bantuan kemanusiaan yang ‘diperlukan segera’ ke Gaza, dalam keputusan penting bagi kes yang telah menarik perhatian global.

    Mahkamah tersebut yang berpangkalan di The Hague – walaupun tidak memerintahkan untuk menghentikan serta-merta perang yang berlarutan hampir empat bulan itu – berkata Israel mesti melakukan segala-galanya yang mampu untuk ‘menghalang daripada melakukan semua tindakan dalam skop’ Konvensyen Genosid.

    Afrika Selatan telah membawa kes itu terhadap Israel, mendakwa bahawa negara itu melanggar Konvensyen Genosid PBB 1948, yang ditubuhkan selepas Perang Dunia Kedua dan Holocaust.

    Presiden Cyril Ramaphosa dan majlis parti pemerintah Afrika Selatan bersorak gembira selepas keputusan itu, yang dianggap oleh kementerian luarnya sebagai ‘kemenangan mutlak’.

    Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menolak keputusan itu sebagai ‘keterlaluan’.

    Netanyahu sebelum ini telah menyatakan bahawa dia tidak berasa terikat dengan mahkamah itu, dengan berkata, “Tidak ada siapa yang akan menghalang kami – bukan The Hague, bukan Axis of Evil dan tiada sesiapa pun”.

    Hamas memuji keputusan itu sebagai ‘perkembangan penting yang menyumbang kepada pemulauan Israel dan mendedahkan jenayahnya di Gaza’. – AFP

    Aktivis pro-Palestin berkumpul berhampiran ICJ di The Hague, Belanda, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...