Thursday, February 6, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    ICRC tekad memihak kepada kemanusiaan

    Oleh Nurdiyamah R.
    Gambar serahan ICRC, Kuala Lumpur

    Menangani isu kemanusiaan dan menerapkan nilai-nilai keamanan dalam kehidupan seharian menjadi tanggungjawab semua lapisan masyarakat global tanpa mengira warna kulit, agama atau kewarganegaraan.

    Justeru, setiap individu perlu bersatu membanteras dan sekali gus meringankan konflik ancaman kemanusiaan demi melahirkan insan-insan yang bermoral tinggi serta memiliki hati dan jiwa yang sentiasa menghargai erti kehidupan yang hakiki.

    Bersama menghormati kehidupan dan berjuang memartabatkan maruah manusia, itulah antara salah satu prinsip perjuangan yang ditanai oleh Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah atau International Committee of the Red Cross (ICRC) dalam meningkatkan kesedaran kepada seluruh lapisan masyarakat betapa pentingnya nilai toleransi dan perpaduan dalam menangani isu kemanusiaan di dunia ini.

    ICRC selaku salah sebuah pertubuhan institusi kemanusiaan yang berpusat di Geneva, Switzerland telah ditubuhkan pada tahun 1863 beroperasi di seluruh dunia dalam melindungi mangsa-mangsa dalam konflik dan keganasan bersenjata serta menyalurkan bantuan kepada masyarakat yang mengalami bencana dan kesulitan.

    ICRC mencecah usia 160 tahun

    Sehubungan itu, bersempena dengan ulang tahun penubuhannya ke-160 pada 17 Februari lalu, ICRC menjelaskan lebih banyak perkara perlu dilakukan untuk melindungi orang awam daripada konflik.

    Bersempena dengan ulang tahun penu-buhannya ke-160 pada 17 Februari lalu, ICRC menjelaskan lebih banyak perkara perlu dilakukan untuk melindungi orang awam daripada konflik.
    Sekitar tahun 1968, ICRC menerbangkan pesawat di sepanjang pantai di Benin, menuju ke Nigeria untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan.
    Pakar perubatan menjalani pemeriksaan ke atas seorang mangsa konflik kemanusiaan di Syria yang berlaku sekitar tahun lepas.
    ICRC dan Bulan Sabit Merah Malaysia mendengar penerangan daripada pemimpin masyarakat luar bandar mengenai isu kesihatan mereka sekitar tahun lepas
    ICRC dan Bulan Sabit Merah Palestin semasa menilai kerosakan rumah yang terjadi kesan konflik bersenjata di Gaza pada Ogos 2022.

    “Selepas 160 tahun bekerja, ICRC memaklumkan dunia telah mencapai kemajuan sebenar dalam mengurangkan bahaya terhadap orang awam di medan perang.

    “Namun penderitaan akibat konflik yang terus wujud, bermakna masih banyak yang perlu dilakukan,” kata Presiden ICRC, Mirjana Spoljaric dalam satu kenyataan yang disediakan oleh ICRC, Kuala Lumpur kepada penulis.

    Mirjana Spoljaric turut menekankan bahawa pematuhan undang-undang kemanusiaan antarabangsa telah dan akan terus menjadi satu-satunya cara untuk memelihara nilai kemanusiaan semasa konflik di mana undang-undang jenayah perang mesti menjadi keutamaan politik.

    Beliau turut mengongsikan dalam kenyataan berkenaan bahawa ICRC bekerja di 100 negara dengan tenaga kerjanya melebihi 21,000 orang.

    ICRC, bersama rakan-rakannya dalam Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa akan meneruskan tugasnya dalam memastikan organisasi itu kekal neutral, tidak berat sebelah dan aktiviti kemanusiaannya difahami oleh semua, meskipun senjata dan teknologi baharu terus diperkenalkan.

    Sepanjang tahun-tahun akan datang, ICRC, bersama rakan-rakannya dalam Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa, akan meneruskan kerjanya untuk memastikan bahawa sifat neutral, saksama dan bebas aktiviti kemanusiaan kami difahami oleh semua, walaupun terus munculnya senjata dan teknologi baharu.

    “Sentiasa memihak kepada kemanusiaan, ICRC juga akan terus menyokong dan menegaskan agar undang-undang kemanusiaan antarabangsa terus dihormati, melarang keganasan terhadap mereka yang tidak terlibat dalam konflik bersenjata,” tegasnya lagi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda