Oleh Yusrin Junaidi –
BANDAR SERI BEGAWAN, 24 OGOS – Unit Rawatan Rapi (ICU) 3 yang terletak sebelah bilik bedah di Tingkat 1, Blok 4 akan berpindah sementara ke Tingkat 3, Blok 3 (berhadapan kantin dan koperasi BKSS) iaitu antara Wad ICU 1 dan Unit Dialisis, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) bermula hari ini.
Kementerian Kesihatan menjelaskan, penempatan sementara itu disebabkan pemasangan dua unit penghawa dingin bagi menambah kapasiti penyejukan di ICU 3, yang bertujuan untuk memberi keselesaan kepada para pesakit.
Manakala itu, ICU 3 akan berpindah semula ke tempat asal setelah kerja-kerja pemasangan selesai dilaksanakan.
Kementerian Kesihatan memohon maaf atas sebarang kesulitan dan ketidakselesaan yang dialami. Kefahaman, kerjasama dan kesabaran orang ramai adalah sangat dihargai.
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/08/P2-3A-Canva_25082023.jpg)