Wednesday, April 16, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    ICW bakal dianjurkan di Kuching 13-14 Mei

    KUCHING, 15 APRIL – Sarawak bakal menjadi tumpuan industri pembinaan Asia Tenggara apabila menjadi tuan rumah edisi sulung Minggu Pembinaan Antabangsa (ICW) edisi Borneo yang dijadualkan berlangsung pada 13 hingga 14 Mei di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

    Acara anjuran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dengan kerjasama Qube Integrated Malaysia Sdn Bhd (Qube) itu akan mengetengahkan kepentingan strategik Malaysia Timur dalam memacu infrastruktur mampan dan kerjasama serantau, di bawah tema ‘Pembinaan Inovatif Untuk Masa Depan Mampan’.

    Pengurus Besar Komunikasi Korporat CIDB, Noryani Ismail berkata acara itu bakal menampilkan persidangan, pameran serta menyediakan peluang kepada pemain industri dan pihak berkepentingan untuk berkongsi pengetahuan dan mempamerkan teknologi terkini.

    Beliau berkata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijangka merasmikan acara berkenaan pada 13 Mei.

    “Tahun ini, buat kali pertama dalam lebih 20 tahun penganjuran ICW, kami memperkenalkan edisi serantau ICW dan akan diadakan di Kuching.

    “Terdapat beberapa sebab strategik me-ngapa kami memilih Sarawak sebagai lokasi penganjuran. Antaranya, pembangunan infrastruktur yang semakin pesat di negeri ini.” – Bernama

    Noryani Ismail ketika menyampaikan taklimat media berhubung International Construction Week (ICW) Borneo 2025 pada 5 April. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda