Sunday, May 11, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Idayu tampil single baharu

    Penyanyi Idayu sememangnya terkenal dengan vokalnya yang mantap serta penghayatan sepenuh jiwa ketika menyanyikan sesebuah lagu. Terbaru, pemilik nama sebenar Nur Farah Idayu Yaakob itu tampil dengan single berjudul Jangan Menangis Cinta.

    Lagu tersebut adalah hasil tulisan Siti Rosmizah dan digubah oleh Mohariz Yaakup.

    Bercakap mengenai tafsirannya tentang Jangan Menangis Cinta, Idayu memahami erti lagu itu menceritakan tentang kisah sesebuah percintaan atau perhubungan suami isteri yang tidak pernah menghargai pasangan masing-masing.

    Penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim ketiga itu juga akui bahawa penjiwaan dalam nyanyian adalah satu aspek yang sangat penting untuk mempersembahkan naskah Jangan Menangis Cinta dengan berjaya.

    “Lagu ini menceritakan tentang hubungan dalam percintaan atau perhubungan suami isteri yang tidak pernah menghargai pasangan masing-masing. Dalam perhubungan itu, salah seorang tidak bahagia dan pasangannya pula mendustai hubungan mereka.

    “Ketika rakaman lagu ini, saya cuba membawa watak seperti dalam lirik yang ditulis dengan indah oleh Kak Siti Rosmizah. Membawa jiwa dalam nyanyian adalah lebih berat. Dengan berkat bimbingan Abang Mohariz dan Afif Tirmizie sebagai penerbit vokal, saya berjaya melakukannya,” katanya.

    Tambah Idayu, dia menerima tawaran daripada Mohariz untuk menyanyikan lagu tersebut setelah mendengar demo yang dihantar kepadanya. – Agensi

    Idayu akui bahawa penjiwaan dalam nyanyian adalah satu aspek yang sangat penting untuk mempersembahkan naskah Jangan Menangis Cinta dengan berjaya. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda