Tuesday, April 29, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    IDB salur pinjaman bagi pembinaan jalan keliling Kabul

    KABUL, 17 Sept – Bank Pembangunan Islam (IDB) dan Kementerian Kewangan Afghanistan menandatangani persetujuan yang mana bank itu akan memberikan pinjaman mudah bagi pembinaan Jalan Keliling Kabul (KRR) dan infrastruktur lain yang berkaitan, lapor Agensi Berita Bakhtar (BNA), hari ini.

    Jalan keliling 95km itu dikatakan menjadi rangkaian jalan negara paling penting yang akan boleh mencantumkan bandar Afghanistan dengan jalan besar utama, yang dijangkakan untuk meningkatkan keselamatan dan mengurangkan kesesakan lalu lintas, kata agensi itu memetik ucapan Menteri Kewangan Eklil Hakimi.

    Menurut laporan, IDB menyediakan AS$74 juta bagi projek itu.

    “Projek itu akan menelan belanja keseluruhannya kira-kira AS$110 juta, dengan kerajaan Afghanistan akan membiayai AS$34.28 juta,” kata Hakimi.

    Pembinaan KRR memainkan peranan penting bagi Afghanistan dan aspek ekonomi rantau itu serta IDB akan meneruskan sokongannya ke atas Afghanistan, kata Sayed Aqa, naib presiden IDB, yang dipetik dalam laporan itu sebagai berkata.

    Majoriti lebuh raya Afghanistan telah dimusnahkan oleh periuk api yang ditanam militan atau penggunaan material-material berkualiti murah oleh syarikat-syarikat pembinaan. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda