JIKA anda ingin memiliki dan membuat taman bunga di halaman rumah, perkara yang perlu anda tahu adalah tentang cara bagaimana yang membolehkan taman bunga anda nampak indah. Pemilihan dari segi tempat, ubah suai hiasan, jenis bunga yang ingin di tanam perlulah bersesuaian dengan keadaan sekeliling rumah anda. Ini kerana, membuat taman bunga di rumah bukan sahaja untuk mencantikkan keadaan rumah tetapi juga dapat membuatkan udara di sekitar rumah anda menjadi segar.
Sebenarnya tidaklah terlalu susah untuk menghasilkan taman bunga yang indah. Anda hanya perlu mengetahui beberapa tip yang tepat untuk membuatnya. Di sini dikongsikan beberapa tip untuk anda:
1.Pemilihan tempat yang bersesuaian
Pemilihan keadaan tempat untuk menanam mestilah bersesuaian dengan tema atau idea yang anda inginkan. Perhatikan keluasan tempat yang anda pilih kerana pemilihan tempat akan mempengaruhi keseluruhan reka bentuk hiasan tanaman anda. Katakan tempat yang anda pilih itu tidak luas atau besar, maka tanaman yang sesuai yang boleh ditanam adalah tanaman yang tidak terlalu besar dan tidak cepat berkembang dengan banyak.
2.Menentukan reka bentuk taman bunga
Selepas selesai mememilih tempat untuk anda membuat taman bunga, kini tibalah saat untuk anda menentukan pula reka bentuk taman bunga anda. Jadi, untuk menentukan reka bentuk taman anda, perhatikan keadaan sekeliling di taman anda. Pemilihan warna yang wujud di tempat tersebut juga dapat menentukan reka bentuk taman yang anda inginkan.
3.Menambah aksesori hiasan
Untuk membuatkan taman bunga anda nampak lebih cantik, aksesori hiasan tambahan bagi reka bentuk tanaman di situ juga amat penting. Ini akan menonjolkan lagi penampilan taman bunga anda dengan adanya aksesori hiasan tambahan sebagai penyeri taman. Contohnya adalah seperti air pancut, kolam ikan, batu-batu alam, rumput dan sebagainya. Jadi, taman anda itu juga nanti akan membolehkan anda duduk berehat melepaskan penat lelah bekerja de-ngan keadaan tanaman yang segar dan indah.
4.Memilih jenis tanaman yang sesuai
Perkara ini merupakan perkara atau tip yang sangat penting dalam membuat taman bunga. Anda tidak boleh menanam tanaman mengikut suka hati anda. Gunakan tanaman yang bersifat penghias dan juga boleh memberi manfaat kepada diri anda sendiri.
Jenis pokok bunga yang menarik untuk menghias rumah anda
Pokok bunga merupakan tanaman hias yang banyak ditanam oleh penggemar tanaman bunga. Tanaman ini banyak dijadikan penghias taman rumah agar kelihatan semakin indah. Rumah yang digunakan sebagai tempat berehat dan melepaskan penat akan semakin nyaman bila di sekitarnya banyak tumbuh tanaman yang mempunyai bunga yang sangat indah.
Anda boleh menanam pokok bunga ini dengan pasu atau terus atas tanah. Buatlah sebuah taman kecil yang dipenuhi dengan aneka warna bunga untuk mengindahkan suasana. Anda boleh menjadikan ini sebagai hobi untuk mengisi waktu lapang. Ada pelbagai jenis tanaman bunga yang boleh anda tanam di rumah. Berikut ada beberapa jenis tanaman bunga yang sesuai untuk dijadikan tanaman hias:
1. Bunga Mawar
Bunga Mawar merupakan bunga yang digunakan sebagai salah satu simbol rasa cinta dan kasih sayang. Selain memberikan kesan indah, bunga mawar juga memberikan manfaat bagi kesihatan tubuh. Aroma harum pada bunga mawar mampu mengatasi rasa depresi dan stres. Selain itu kandungan zat kimia pada bunga mawar juga berfungsi sebagai terapi untuk menghilangkan sakit kepala.
2. Bunga Melati
Melati memilki bunga yang putih suci dan berbau wangi sehingga sangat sesuai ditanam di halaman depan rumah anda. Sebaiknya anda menaman bunga ini dengan menggunakan pasu agar tanaman ini dapat tumbuh dengan kemas.
3. Pokok Kemboja
Biasanya pokok kemboja ditanam di kawasan perkuburan, tetapi tidak ada salahnya jika ditanam di halaman rumah anda. Pokok kemboja sangat mudah ditanam dan memilki bunga yang cantik. Banyak pilihan warna bunga yang dihasilkan. Pilihlah yang sesuai dengan kesukaan anda.
4. Bunga Kemuning
Pokok Kemuning merupakan tanaman bunga yang menghasilkan bau wangi yang sangat kuat terutama ketika malam hari. Bunga dengan nama latin Murraya Paniculata merupakan tiruan dari bunga melati. Bunga Kemuning biasa tumbuh liar di tepi hutan, semak berlukar atau ditanam sebagai tanaman hiasan dan juga tanaman pagar.
6. Bunga Kertas
Bunga Kertas disebut juga dengan nama Bougenville dan sangat popular dalam dunia tanaman hias. Bentuknya kecil. Keindahan bunga ini berasal dari bunga yang berwarna cerah. Bunganya pun tumbuh dengan rimbun. Bunga Kertas ini memiliki pelbagai jenis dan warna. Oleh sebab itu peminat dari bunga ini sangat banyak.
7. Bunga Raya
Bunga Raya ialah bunga kebangsaan Malaysia. Bunga ini ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak berbau.
9. Bunga Anggerik
Bunga Anggerik (orchid) merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang sering ditanam sebagai pokok hiasan. Anggerik merupakan bunga kebangsaan bagi negara Singapura. Kini nama Inggeris digunakan secara meluas dengan ejaan Orkid.
10. Bunga Matahari
Bunga Matahari adalah tumbuhan semusim yang popular, baik sebagai tanaman hiasan mahupun tanaman penghasil minyak. – Agensi