Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ideguchi cuba nasib di Leeds United

    TOKYO, 5 Jan – Pemain antarabangsa Jepun, Yosuke Ideguchi akan menyertai pasukan Leeds United dari Gamba Osaka, kata kelab dari Championship Inggeris itu semalam.

    Pemain tengah itu akan dipinjamkan ke kelab divisyen dua Sepanyol, Cultural Leonesa sehingga akhir musim ini, bergantung kepada pemeriksaan perubatan minggu depan, tambah pegawai-pegawai Leeds.

    “Saya rasa saya memerlukan cabaran yang baru, bagi meningkatkan prestasi saya sekali gus berkembang lebih jauh sebagai seorang pemain,” Ideguchi memberitahu sidang akhbar.

    “Saya berharap boleh menghasilkan beberapa berita bagus kepada orang ramai di Jepun agar orang ramai tidak tertanya-tanya di mana saya menghilang.”

    Ideguchi, dikenali dengan rambut berwarna perang, perlu menyelesaikan isu-isu permit kerja di British sebelum membuat kemunculan bersama pasukannya, Leeds, setelah gagal untuk membuat kemunculan dalam pasukan senior Jepun untuk layak secara automatik.

    Dia telah beraksi 11 kali bagi pasukan Jepun, menjaringkan dua gol, termasuk satu gol dalam kemenangan 2-0 di gelanggang sendiri ke atas Australia pada Ogos lalu yang menyelamatkan tempat negaranya pada Piala Dunia di Rusia tahun ini.

    Ideguchi juga pemain bagi pasukan Olimpik Jepun di Sukan Rio pada 2016. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda