Tuesday, March 25, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Idris Elba disahkan positif Covid-19

    Pelakon Idris Elba disahkan positif koronavirus yang kini menjejaskan seluruh dunia, COVID-19.

    Menurut laporan CNN, berita mengejutkan itu dimaklumkan menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Twitter peribadinya pada pagi Selasa.

    “Saya rasa okay. Saya tidak ada simptom tetapi perlu diasingkan selepas mendapati ada kemungkinan saya terdedah kepada virus berkenaan.

    “Untuk semua, duduk sahaja di rumah dan bertenang,” tulisnya.

    Dalam rakaman tersebut, Idris muncul bersama isteri, Sabrina Dhowre dan memberitahu bahawa isterinya berada dalam keadaan baik.

    Idris turut berjanji akan berkongsi dan memaklumkan perkembangan kesihatannya dari semasa ke semasa.

    Idris Elba mengumumkan berita itu di Twitter peribadinya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda