Idzham Ismail pernah ditolak kerana kurang ‘followers’

Susulan isu pelakon Amerul Affendi yang mendedahkan nama ditolak untuk membintangi drama disebabkan kurang pengikut di Instagram, pelakon Idzham Ismail mengakui pernah melalui perkara sama.

Idzham atau nama sebenar Muhammed Idzham Ismail, 32, berkata, dia pernah berada di situasi itu ketika mula menceburkan diri dalam dunia lakonan sembilan tahun lalu.

Bagaimanapun, pelakon Juvana ini berkata, dia tidak pernah putus asa untuk meneruskan kerjaya sebagai pelakon biarpun berdepan cabaran itu.

“Saya pun alami situasi sama, ditolak kerana tidak cukup popular tetapi saya tidak mengalah dan anggap ia adalah satu cabaran untuk memperbaiki kelemahan saya.

“Yang penting jaga disiplin diri dan kelakuan di semua tempat. Orang senang dengan kita, Insya-Allah pengikut tak banyak pun akan diberi peluang,” jelasnya.

Sementara itu, Idzham berkata, dia turut bersetuju pihak stesen televisyen mempunyai pendapat dan alasan tersendiri dalam memilih pelakon berdasarkan populariti.

Tambahnya, populariti juga memainkan peranan penting untuk menarik perhatian penonton.

“Pihak stesen televisyen ada sebab tersendiri kenapa mereka pilih barisan pelakon dari aspek populariti dan pengikut laman sosial. – Agensi

Idzham bersetuju pihak stesen televisyen mempunyai pendapat dan alasan tersendiri dalam memilih pelakon berdasarkan populariti. – Agensi