Monday, October 21, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Idzham Ismail tidak bagi isteri memasak

    Pelakon Malaysia, Idzham Ismail mendedahkan isterinya sudah beberapa tahun tidak menjejakkan kaki ke dapur memasak untuknya dan keluarga.

    Tidak mahu isteri kepenatan, Idzham atau Muhammed Idzham Ismail, 36, berkata, dia lebih gemar makan di restoran kerana itu adalah waktu mereka meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak.

    “Isteri saya dah bertahun tak masak sebab saya tak nak dia penat.

    “Saya akan makan dekat kedai satu keluarga hari-hari dan secara tak langsung bawa anak isteri ambil angin luar,” katanya, menurut laporan mStar.

    Idzham berkongsi perkara itu menerusi hantaran di akaun Thread miliknya pada pagi Jumaat.

    Dalam pada itu, sebagai suami Idzham memberitahu dia sangat mementingkan soal nafkah isteri dan anak-anak malah sudah terbiasa dengan perkara itu.

    Disebabkan itu, dia berasa pelik apabila terdapat segelintir lelaki tidak tahu tanggungjawab mereka sebagai suami termasuk soal nafkah.

    Berkongsi lanjut, kata Idzham membuat kesilapan itu adalah fitrah manusia, namun pesan aktor itu berbaliklah pada ajaran Islam supaya menemui ketenangan dalam kehidupan. – Agensi

    Idzham percaya ajaran agama Islam itu indah. – Rotikaya
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda