Sunday, May 4, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ifa Raziah pegang prinsip tak mahu hipokrit

    Apa sahaja yang dilakukan Ifa Raziah pasti mengundang kecaman namun selebriti dan usahawan itu menjelaskan tidak semua orang menerima atau memahami dirinya melainkan mereka yang benar-benar rapat dengannya.

    Lebih 27 tahun menceburi bidang seni, Ifa atau Saripah Raiah Mustapha, 46, berkata, formulanya adalah mudah iaitu tidak pernah bersikap hipokrit dan selesa menjadi dirinya sendiri.

    “Saya tetap dengan cara saya. Saya memang seorang yang terbuka dan outspoken.

    “Mungkin mereka tak boleh nak terima seadanya Ifa Raziah tu macam mana. Orang dalam industri yang sudah berpuluh tahun dengan saya selama 27 tahun, mereka sudah faham saya macam mana.

    “Cuma orang di luar industri, warganet tidak faham. Kalau baru nak kenal, akan mula suka dengan Ifa Raziah,” kata Ifa kepada wartawan.

    Ifa akui bukan semua orang boleh memahami dirinya. – Agensi

    Sebelum ini, Ifa Raziah meluahkan rasa ralat selepas dikecam warganet susulan satu rakaman video siaran langsungnya dimuat naik kembali oleh pengguna media sosial.

    Potongan video yang sudah diedit itu mencetuskan perdebatan selepas dia mendakwa sudah tiga kali pergi mengerjakan umrah meskipun belum berhijab.

    Selepas isu tersebut, Ifa sekali lagi dikecam warganet gara-gara video memperlihatkan usahawan sensasi yang dikenali sebagai Kak KM memukul punggungnya dan beberapa rakan selebriti lain termasuk Datuk Seri Vida.

    Sementara itu, penyanyi lagu Ser Ser Ser ini juga tidak mampu menepis sekiranya ada yang cuba menghangatkan isu melibatkan dirinya kerana tahu dia tidak dapat memuaskan hati semua pihak.

    “Dia macam ni, ada benda yang kita suka dan sebaliknya. Kita tak boleh puaskan hati semua orang. Ada kalanya mereka tak suka kita, tapi buat suka.

    “Jadi kita layan sahaja. Kalau kata suka, atau nak cipta isu jadi tular, biarlah, tapi itulah saya punya kenyataan ikhlas, pandangan daripada saya.

    “Janganlah ingat dengan pandangan warganet sahaja. Pandangan saya pun kena diambil kira juga,” katanya lagi.

    Bagi mengelakkan salah faham, Ifa turut meminta orang ramai membaca atau menyelidik terlebih dahulu sebelum membuat spekulasi dan tuduhan tidak berasas apabila membabitkan sesuatu isu trending. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda